18 OKTOBER 2023 ( RABU) : INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP) WISMA MUIS, KOTA KINABALU
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI GIATMARA, GAYA SABAH KE INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM)
Seramai 34 orang pelatih dan Tenaga pengajar GIATMARA GAYA telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kampus ILTP, JPSM Kota Kinabalu. Rombongan telah disambut oleh Puan Justina Lojuti, Ketua Bahagian ILTP, JPSM.
Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelatih GIATMARA Gaya berkaitan peluang pekerjaan keusahawanan untuk diceburi selepas tamat latihan di GIATMARA.