8 Febuari 2024 - Lawatan Tapak Tanah Projek JPSM, Mesilou Kundasang
Lawatan bertujuan untuk melihat lima (5) lokasi Borehole yang telah dilaksanakan dan mendengar penerangan berkenaan dengan kerja-kerja kajian tanah daripada Juruperunding.
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) dan pegawai dari Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Unit Perancangan Ekononi Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur dan Jurutera Inovasi Sdn.Bhd.