8 Mei 2023 - 11 Mei 2023
Lawatan Verifikasi empat (4) buah Premis Hotel di bawah SKS GROUP - Divisions Johor Bahru terdiri daripada;
-
AmanSari Hotel Desaru
-
AmanSari Hotel Nusajaya
-
Fives Hotel Johor Bahru City Centre
-
AmanSari Residence Resort
Lawatan ini diketuai oleh Puan Regina M. Sikain bersama Encik Mohd Fazry bin Nordin, Pegawai Tadbir dan Puan Nor Azyatie Azman, Setiausaha Kursus.
Verifikasi premis merupakan prosedur yang wajib diadakan kepada setiap hotel yang pertama kalinya ingin berkolaborasi dengan pihak JPSM bagi melaksanakan program HELP. Pihak JPSM telah disambut baik oleh Encik Viveganantha Chanthiran, selaku Human Resource Manager bagi ke empat-empat hotel di bawah SKS group, Johor Bahru Division bersama-sama Puan Nurliyana Rosli Senior Executive Training AmanSari Hotel Desaru, Puan Intan Nasuha Rafiai Training Executive Fives Johor Bahru City Centre, Thaanushri Sureash Human Resource Assistant Amansari Residence Resort dan Puan Anis Marina Matzuki Human Resource Executive Amansari Hotel Nusajaya.
Pihak JPSM berharap dengan adanya kolaborasi dengan pihak hotel di semenanjung atau di Sabah khasnya, maka ia dapat membantu belia-beliawanis di Sabah yang berminat dalam industri perhotelan untuk mengikuti program tersebut.