Majlis dan Penyampaian Sijil kepada 140 peserta bagi tujuh (7) Kursus tajaan JPSM

25 Oktober 2025 - Sabah International Convention Centre (SICC)

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada 140 peserta bagi tujuh (7) Kursus tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) iaitu;-

  1. Kursus Masakan Makanan (Packed Food) (DUN N12 Sulaman);

  2. Kursus Pelbagai Pastri (DUN N16 Karambunai);

  3. Kursus Pemprosesan Makanan Sejuk Beku (DUN N18 Inanam);

  4. Kursus Solekan dan Dandanan Rambut (DUN N22 Tanjung Aru);

  5. Kursus Content Creator (TIKTOK) (DUN N23 Petagas);

  6. Kursus Pemprosesan Makanan Sejuk Beku (DUN N25 Kepayan) &

  7. Kursus Pelbagai Masakan (DUN N25 Kepayan).

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani, Timbalan Pengarah (JPSM) diiringi Puan Zulaikha binti Jamir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan dan Kemahiran (JPSM).

Kursus-kursus yang telah berlangsung selama lima (5) hari bermula dari 21 hingga 25 Oktober 2025 ini merupakan sebahagian daripada Program Latihan Rentas Komuniti Tahun 2025 anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM). Kursus-kursus tersebut telah dikendalikan oleh Penyedia Latihan Akademi Intan Bandaraya, Sunrise Training and Retraining Centre (Sabah) Sdn Bhd, Skills Arena, D’Asean Beauty, Cal Resources & Skills Sdn Bhd, KKYS Sdn Bhd dan Mrs. Nancy Lim School of Cooking & Baking.