12 MAC 2026 (HARI KHAMIS) : Dewan Kimanis, Kampus ILTP, JPSM Papar
Majlis Iftar bersama Pelatih Institut Latihan Teknik dan Perdagangan ILTP, JPSM
Majlis Iftar bersama pelatih ILTP, JPSM telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana ukhuwah. Majlis dimulakan dengan ketibaan para pelatih, jemputan serta pegawai, diikuti dengan nyanyian lagu rasmi, bacaan doa, penyampaian cenderahati dan tazkirah Ramadan bertajuk “Aku, Puasaku dan Tuhanku”.
Turut hadir ialah YBrs. Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani, Timbalan Pengarah JPSM, serta YBhg. Puan Kamsiah binti Ibrahim, Pengarah JPSM. Semoga majlis ini menjadi wadah memperkukuh silaturahim serta menyemarakkan semangat Ramadan dalam kalangan warga ILTP, JPSM.