25 JUN 2024 (SELASA) - SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SICC), KOTA KINABALU
MAJLIS KONVOKESYEN JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) KE-34
Seramai 234 orang graduan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM berjaya menamatkan pengajian dan menerima sijil pada Majlis Konvokesyen Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) ke 34 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.
Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan sijil-sijil kepada para graduan.
Turut hadir Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Yang Berusaha Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Penganugerahan Sijil Tamat Latihan Sesi Disember 2023:
-
Program Penjaga Jentera Elektrik (A0) Sesi 2020 - 2022 : Sijil Kemahiran JPSM dan Suruhanjaya Tenaga
-
Program Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
-
Program Operasi Sistem Komputer - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
-
Program Teknologi Kimpalan (6G) Sesi 2/2023 - Sijil Kemahiran JPSM
-
Program Penyelenggaraan dan Pembaikpulihan Jentera Pertanian - Sijil Kemahiran JPSM
-
Program Jurukecantikan dan Dandanan Rambut Sesi 2/2023 - Sijil Kemahiran JPSM
Penganugerahan Sijil Tamat Latihan Sesi Jun 2024:
-
Program Dandanan Rambut - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan Tahap 3
-
Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan Tahap 3
-
Program Perkhidmatan Pembaikan -Kenderaan Ringan - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
-
Program Teknologi Kimpalan (6G) Sesi 1/2024 - Sijil Kemahiran JPSM
-
Program Jurukecantikan (Modular) Sesi 1/2024 - Penyata Pencapaian JPK
-
Program Dandanan Rambut (Modular) Sesi 1/2024 - Penyata Pencapaian JPK
-
Program Pembaikpulihan Kenderaan Perdagangan - Sijil Kemahiran JPSM