ee
PAGE CONFIG | |
---|---|
Published | 2022-06-27 |
27 Jun 2022 - Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tuan Henry Idol, Timbalan Setiausaha Tetap 2, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Antara pengisian majlis tersebut ialah ceramah integriti oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri Sabah, Tuan Ag Samsul Baharam bin Bungso dan bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang dipimpin oleh Encik Mohd Fazry bin Nordin, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.
Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai daripada agensi di bawah KSTI seperti Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Perpustakaan Negeri Sabah, Sabah Skills & Technology Centre (SSTC), Sabah Net Sdn Bhd, dan Sabah Creative Economy and Innovation (SCENIC).