Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi Program Profesional Software Development Bootcamp

PAGE CONFIG
Published 2025-07-23

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM PROFESIONAL SOFTWARE DEVELOPMENT BOOTCAMP

Kota Kinabalu, 1 Oktober 2025 (Jumaat) - Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi Program Profesional Software Development Bootcamp telah diadakan dengan jayanya di Hotel Lintas Platinum, Kota Kinabalu, Sabah.

Program intensif selama tiga (3) bulan, yang dikendalikan oleh Sharif Perchaya Sdn. Bhd., telah berlangsung pada 1 Julai hingga 30 September 2025 dan melibatkan penyertaan seramai 10 orang peserta.

Majlis perasmian dan penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Puan Kamsiah Ibrahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM). Turut hadir sama semasa majlis berkenaan adalah En. Muhammad Ikhwan Bin Ghulam Jelani Timbalan Pengarah JPSM, Puan Norazalinah Jerain Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JPSM dan En. Suif Bin Sainan Pengetua MSU College Sabah.

Program ini bertujuan memperkasa kemahiran teknikal dalam bidang pembangunan perisian, selaras dengan keperluan industri digital masa kini serta aspirasi kerajaan dalam memperkukuh kapasiti tenaga kerja berkemahiran tinggi.