19 Disember 2023 - Grand Merdeka Mall, Kota Kinabalu
Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus : Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) Keusahawanan Pembuatan Pakaian bertempat di Grand Merdeka Mall, Kota Kinabalu yang telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Alijah binti Ismail , Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Seramai 10 peserta telah menghadiri kursus ini bermula pada 01 November 2023 hingga 30 November 2023 yang dikendalikan oleh Akademi Jahitan Kota Kinabalu dan seterusnya merasmikan kedai jahitan usahawan (A’attire Fashion), JPSM.