Majlis Penutupan Kursus Aspirasi Kecemerlangan
Perniagaan Melalui Teknologi
Reka Bentuk Pembungkusan dan Inovasi
Penjenamaan Produk
(Biz Transformation) telah dilaksanakan pada 7 Julai 2022 bertempat di Mini Dewan Pejabat Daerah Pitas.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Ramlah Nasir selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat bagi Dun N.5 Pitas.
Sesi pemantauan kursus juga telah dijalankan pada 6 Julai 2022 oleh Puan Haryati Mustapha, Ketua Unit Keusahawanan BTLK.
Kursus ini telah disertai seramai 30 peserta daripada komuniti setempat DUN N.5 Pitas.
Sekalung penghargaan kepada SIRIM Berhad selaku penyedia latihan kerana berjaya mengendalikan kursus selama tiga (3) ini iaitu bermula 5 hingga 7 Julai 2022.