Majlis Penutupan Kursus Jahitan Sarung Kerusi, Alas Meja, Cadar & Sarung Bantal bagi N.37 Karanaan

08 Ogos 2025 | Dewan Kg. Kibbas Siba, Ranau

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Jahitan Sarung Kerusi, Alas Meja, Cadar & Sarung Bantal telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Rosdi Abd Ghani,Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.37 Karanaan.

Kursus intensif selama 5 hari ini telah berlangsung dari 4 hingga 8 Ogos 2025, dengan penyertaan seramai 20 peserta. Ia dikendalikan oleh Penyedia Latihan Bulawan Borneo di bawah Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).