Majlis Penutupan Kursus Penternakan Akuakultur Ikan Air Tawar (Tilapia)

\

PAGE CONFIG
Published 2025-07-23

07 November 2025 | Mini Auditorium, Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN, Tuaran

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENTERNAKAN AKUAKULTUR IKAN AIR TAWAR (TILAPIA)

Majlis Penutupan Kursus Penternakan Akuakultur Ikan Air Tawar (Tilapia) di bawah Program Pembangunan Usahawan, Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani, Timbalan Pengarah JPSM.

Kursus ini telah berlangsung selama sepuluh (10) hari, bermula pada 28 Oktober hingga 07 November 2025, dengan penyertaan seramai 10 orang peserta terpilih.

Program latihan ini dikendalikan oleh Penyedia Latihan dari Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) dan diadakan di Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC), Laya-Laya, Tuaran, Sabah.

Pelaksanaan kursus ini diharap dapat melahirkan usahawan akuakultur yang berdaya saing, berilmu serta berpotensi untuk mengembangkan industri penternakan ikan air tawar di Sabah.