28 Julai 2025 - Ibis Style Hotel, Inanam.
Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Keusahawanan Kreatif (Packaging & Marketing) disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Puan Kamsiah Binti Ibrahim selaku Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Kursus ini telah berlangsung selama 10 hari bermula 21 hingga 30 Julai 2025 yang dikendalikan oleh Penyedia Latihan NID Design, Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).