4 - 8 November 2024 - Dewan Belia dan Sukan Kota Marudu
Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus Menjahit Baju Kurung Moden Dun N.6 Bandau dan Kursus Membuat Kek, Bun & Pastri Dun N.7 Tandek.
Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Majawab Masantun Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.7 Tandek.
Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 4 November 2024 hingga 8 November 2024 dikendalikan oleh Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK) dan Asian College International (ATI).