Majlis Penyampaian Sijil bagi 40 peserta pelbagai Kursus di N64 Sulabayan dan N66 Bugaya

15 Ogos 2025 - Semporna

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus Kek Bun dan Pastri (N64 Sulabayan) dan Kursus Solekan dan Andaman Pengantin (N66 Bugaya) disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Hajan bin Haji Gurimbang Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N64 Sulabayan di Dewan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Semporna.

Kursus-kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 11 hingga 15 Jun 2025 dikendalikan oleh Penyedia Latihan daripada Luqman Enterprise dan Sutera Skill Centre melalui Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran BTLK, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).