Majlis Penyampaian Sijil bagi Kursus Fotografi & Sustainabiliti dalam Keusahawanan Makanan

20 November 2025 - The Klagan Regency, 1Borneo

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi dua (2) Kursus tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) iaitu;-

  1. Kursus Fotografi dan Video Kreatif (Content & Marketing) dikendalikan oleh Brown Eyes Production Pada 12 - 21 November 2025) ; dan

  2. Kursus Sustainabiliti dalam Keusahawanan Makanan (Penyediaan & Pembuatan Makanan) dikendalikan oleh Intellect Training & Services pada 13 - 22 November 2025.

Kedua-dua Kursus telah berlangsung selama sepuluh (10) hari dan masing-masing dihadiri oleh seramai 20 peserta.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani, Timbalan Pengarah (JPSM) diiringi oleh Puan Zulaikha binti Jamir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan dan Kemahiran (JPSM).