12 September 2025 - Dewan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kinabatangan
Sesi Majlis Perasmian Penutupan Kursus Jangka Pendek serta Penyampaian Sijil kepada seramai 20 peserta bagi Kursus tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) iaitu Kursus Solekan dan Dandanan Rambut (DUN N58 Lamag) telah disempurnakan oleh Tuan Johainizamshah bin Dato Hj Johari, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N58 Lamag.
Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula dari 8 hingga 12 September 2025 dan merupakan sebahagian daripada Program Latihan Rentas Komuniti (Community Outreach Training Program) 2025 JPSM. Kursus ini dikendalikan oleh Penyedia Latihan OMG Academy.