Majlis Penyampaian Sijil kepada 60 peserta (secara gabungan) bagi tiga (3) kursus tajaan JPSM

18 Julai 2025 - Dewan Perpustakaan Sandakan

Sesi Majlis Perasmian Penutupan Kursus Jangka Pendek serta Penyampaian Sijil kepada seramai 60 peserta (secara gabungan) bagi tiga (3) kursus tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) iaitu Kursus Membaikpulih Enjin Sangkut dan Enjin Bot (DUN N53 Sekong), Kursus Komprehensif Rawatan Asas Spa (DUN N54 Karamunting) dan Kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Solar (DUN N55 Elopura) telah disempurnakan oleh Puan Hazulizah binti Mohd Dani, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N53 Sekong. Majlis turut dihadiri oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N54 Karamunting, Dato’ Chew Kok Woh.

Ketiga-tiga Kursus yang berlangsung selama lima (5) hari bermula dari 14 hingga 18 Julai 2025 merupakan sebahagian daripada Program Latihan Rentas Komuniti (Community Outreach Training Program) 2025 JPSM. Kursus-kursus ini telah dikendalikan oleh Penyedia Latihan Buatti Enterprise, Sidma College Sabah Sdn Bhd dan Giatmara Penampang.