Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta Kursus (OSH) - Coordinator berasaskan AI

05 November 2025 - Beringgis Beach Resort & Spa, Papar

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada seramai 16 peserta Kursus Occupational Safety and Health (OSH)-Coordinator berasaskan Ai telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Majlis turut dihadiri oleh Puan Zulaikha binti Jamir.

Kursus ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 3 hingga 5 November 2025 yang dikendalikan oleh Penyedia Latihan YSHS (Your Safety & Health Solutions) Sdn Bhd, tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).