Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta Kursus Pemprosesan Makanan Sejuk Beku

26 September 2025 - SMK Pekan Telipok

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada seramai 20 peserta Kursus Khas bagi Kursus tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) iaitu Kursus Pemprosesan Makanan Sejuk Beku telah disempurnakan oleh Tuan Dr. Rutil bin Taising, Pengetua SMK Pekan Telipok. Majlis turut dihadiri oleh Puan Hairiah binti Daud, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Khas Sektor Pembelajaran PPD Tuaran, Puan Yulin Tibin, Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Puan Anzilim Angor, Guru Pendidikan Khas.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula dari 22 hingga 26 September 2025 yang dikendalikan oleh Penyedia Latihan Asian Tourism International College (ATI), Tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).