Majlis Penyampaian Sijil Kursus bagi 12 orang peserta Kursus Smart Farming IoT (Tanaman Fertigasi)

24 Oktober 2025 - Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil kursus bagi 12 orang peserta Kursus Smart Farming IoT (Tanaman Fertigasi) di bawah Program Sabah Talent Entrepeneurship Program (STEP) tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM). Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani Timbalan Pengarah JPSM yang bertempat di Pusat Sandbox, Tingkat 12, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu

Kursus ini dikendalikan oleh Riverfield Corporation penyedia latihan bagi Kursus Smart Farming IoT (Tanaman Fertigasi). Kursus ini telah berjalan selama 10 hari bermula dari 14 Oktober hingga 23 Oktober 2025 di Farm Tokou Kampung Kituau Limbanak Penampang. Para peserta yang berjaya menamatkan kursus telah diberikan satu (1) set unit Sistem IoT berserta kelengkapan bagi menjalankan penanaman Fertigasi. Peserta kursus juga akan dipantau oleh pihak JPSM melalui Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran selaku urusetia.