26 April 2024- Dewan Kementerian Belia dan Sukan, Beluran
Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus Membuat Kek, Bun dan Pastri & Kursus Pengurusan Kewangan di DUN N.49 Labuk
Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Rafael Lindan Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.49 Labuk.
Kursus Membuat Kek,Bun dan Pastri ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 22 April 2024 hingga 26 April 2024 yang dikendalikan oleh Sincere Skill Academy dan Kursus Pengurusan Kewangan selama tiga (3) hari bermula pada 24 April 2024 hingga 26 April 2024 yang dikendalikan oleh RNR Fitra Management Sdn Bhd.
Sesi Pemantauan Kursus telah dilaksanakan pada 25 April 2024.