MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA KONTINJEN PERBARISAN KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH (KSTI), INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM)

6 SEPTEMBER 2022 (SELASA) : MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA KONTINJEN PERBARISAN KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH (KSTI), INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM).

ILTP, JPSM telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Kontinjen Perbarisan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah (KSTI) bertempat di Dewan Serbaguna, ILTP, JPSM Papar. Seramai 37 pelatih Bahagian Teknikal diketuai oleh Encik Josnius Janis dan Encik Hafiz M. Lopo telah menyertai perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 yang lalu. Kesemua ahli Kontinjen Perbarisan telah menerima Sijil Penghargaan daripada Yang Berbahagia Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM. Turut hadir ke majlis penyampaian Sijil Penghargaan tersebut, Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Timbalan Pengarah JPSM, Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah ILTP, Encik Mas Syazani bin Masood, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Dr. Hjh. Tetty Ruziyati binti A. Hamid, Bahagian Penyelidikan Pembangunan dan Puan Justina Lojuti, Pengurus Pusat Bertauliah ILTP, JPSM.