22 September 2023 - Dewan Kg Kiandongo, Tongod
Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Khas Asas Jahitan Blouse, Skirt dan Gaun tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Tuan Japilan Gustim Wakil Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.57 Kuamut.
Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 18 September 2023 (Isnin) hingga 22 September 2023 (Jumaat) dikendalikan oleh Fashion Academy.