06 September 2024 - Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS), Kudat
Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus Asas Refleksologi Wanita Dan Kursus Membuat Kek, Bun Dan Pastri Dun N.04 Tanjung Kapor, Kudat tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Norhikmah Binti Masir Pengetua Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) Kampus Kudat, Sabah.
Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada
02 September 2024 hingga 06 September 2024 yang dikendalikan oleh Penyedia Latihan (PL) Fashion Academy Dan Kak Tai Products Enterprise.