03 Disember 2024 - Raia Hotel Kota Kinabalu
Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 15 peserta Kursus Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) Keusahawanan Teknikal Kimpalan Gerigi Fabrikasi dan Mengecat Bangunan telah disempurnakan oleh Yg Bhg Puan Celestina Aron Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Turut hadir bersama Yang Berusaha Tuan Tadzul bin Radim Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sabah.
Kursus ini telah berlangsung selama 30 hari bermula 01 November hingga 30 November 2024 dikendalikan oleh Akademi Binaan Malaysia Sabah.
