12 November 2024 - Lugo KK, Hotel Aeropod, Kota Kinabalu
Majlis Perasmian Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Program Pembangunan Usahawan Kursus Postnatal Care.
Seramai 10 peserta wanita telah berjaya mengikuti Program Pembangunan Usahawan anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) iaitu Kursus Postnatal Care dikendalikan oleh Institut Kecantikan Nuvis Sabah yang diadakan selama satu (1) bulan bermula dari 13 Oktober 2024 sehingga 12 November 2024.
Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Kamsiah Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).