Majlis Penyampaian Sijil Program Profesional - Data Scientist di Pusat Latihan KTECHNO, Kulim, Kedah

11 September 2025 (Khamis) - Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Program Profesional: Data Scientist telah diadakan di Pusat Latihan KTECHNO, Kulim, Kedah.

Program yang dikendalikan oleh Kulim Advanced Technologies Sdn. Bhd. (KTECHNO) ini telah berlangsung selama sebulan, bermula 12 Ogos hingga 11 September 2025, dengan penyertaan seramai 20 orang peserta.

Majlis penutupan turut diserikan dengan kehadiran En. Syed Shahridzan Sh. Sihan, yang mewakili Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).