Majlis Penyampaian Sijil Program Quality Assurance dan Quality Control di KTechno Kulim, Kedah

15 Januari 2025 - Kulim Advance Technologies Sdn Bhd (Ktechno), Kulim, Kedah

Majlis Perasmian Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil Program Quality Assurance & Quality Control

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Quality Assurance & Quality Control tajaan JPSM telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh Puan Regina M. Sikain, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK), JPSM.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Syed Shahridzan Sh. Sihan, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (BPP) dan Encik Khairul Safwan dari pihak BTLK, JPSM .

Kursus selama tiga bulan ini, dikendalikan oleh Kulim Advance Technologies Sdn Bhd di bawah pimpinan Encik Yusni Bin Salleh, melibatkan 20 peserta.

Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dalam QA & QC selaras dengan keperluan industri, dengan semua peserta berjaya ditawarkan pekerjaan selepas tamat latihan.