Majlis Perasmian Kursus Membuat Beraneka Jenis Dim Sum dan Dumpling bagi N.36 Kundasang

08 Ogos 2025 | Dewan Mini Kampung Timbua, Kundasang

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Membuat Beraneka Jenis Dim Sum dan Dumpling telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pegawai Pembangunan Masyarakat N.36 Kundasang, Tuan Dounis Sani.

Kursus intensif selama 5 hari ini telah berlangsung dari 4 hingga 8 Ogos 2025, dengan penyertaan seramai 20 peserta. Ia dikendalikan oleh Penyedia Latihan Pro- Active di bawah Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).