29 JULAI 2025 (HARI SELASA): INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) KAMPUS PAPAR
MAJLIS PERASMIAN NAIK TARAF PROGRAM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1 DAN PELANCARAN PENGGUNAAN MODUL TALIAN ATAS INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah melakar satu lagi pencapaian penting melalui Majlis Perasmian Naik Taraf Program Penjaga Jentera Elektrik A1 serta Pelancaran Penggunaan Modul Talian Atas yang berlangsung pada 29 Julai 2025.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, yang menzahirkan sokongan penuh terhadap pembangunan latihan teknikal di negeri ini. Turut hadir ialah Yang Berusaha Puan Kamsiah binti Ibrahim, Pengarah JPSM serta Yang Berbahagia Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).
Usaha naik taraf program ini adalah selaras dengan keperluan industri tenaga elektrik masa kini, khususnya dalam aspek latihan teknikal bertaraf tinggi dan pemantapan kemahiran dalam bidang talian atas.
