28 Jun 2024 - Limbahau, Papar
Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Membuat Kek, Bun dan Pastri di balai raya Kg Langkuas, Kinarut dan 20 peserta Kursus Membuat Dimsum dan Dumpling di Kg Tomui, Papar telah disempurnakan oleh Puan Ana Maria Bernandus, Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan N.27 Limbahau.
Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 24 hingga 28 Jun 2024 dikendalikan Sunrise Training and Retraining Centre bagi kursus Membuat Kek, Bun dan Pastri manakaka Kursus Membuat Beraneka Jenis Dimsum dan Dumpling dikendalikan oleh Sweet Honey Cake.