19 Jun - 23 Jun 2023 - Dewan Kg Ranggu,Tawau
Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Asas Pendawaian Elektrik, Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Syed Shahridzan Sh Sihan Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 19 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023 dikendalikan oleh ARG Bina.