Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan TVET Sabah 2024 dan Sorotan Gambar sempena KSITS

10 MEI 2024 (HARI JUMAAT): PADANG BOLA INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JPSM PAPAR

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI TVET SABAH (KSITS) 2024

Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah (KSITS) telah berlangsung dari 6 hingga 10 Mei 2024. Juara keseluruhan Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah adalah Kolej Vokasional Zon Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya mengutip pingat 4 Emas dan 3 Gangsa. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan tuan rumah, Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM dengan pungutan pingat sebanyak 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu dengan pungutan pingat 1 Emas.

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan TVET Sabah (KSITS) 2024 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI).

Turut hadir Yang Berbahagia Tuan Rusdi bin Belun, Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, dan Yang Berbahagia Tuan Adanan @ Adnan bin Atin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Yang Berusaha Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah serta turut dimeriahkan dengan kehadiran pengarah-pengarah, serta wakil-wakil institusi yang terlibat.