21.10.2022 - Majlis Perasmian Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil bagi Kursus Kek, Bun dan Pastri bertempat di Jari-jari Mahir Maju Sdn. Bhd. Donggongon, Penampang.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Francis Chong, Pegawai Daerah Penampang.
Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari iaitu bermula pada 17 hingga 21 Oktober 2022 dan telah disertai seramai 20 peserta daripada komuniti setempat DUN N.26 Moyog.