Majlis Perasmian Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Puan Tianinun Binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan dihadiri oleh Puan Haryani Anah Hj Abdul Kahar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran, JPSM dan pegawai-pegawai JPSM di Nice Banquet, Lintas Jaya Uptownship, Kepayan pada 30 April 2021 jam 2.30 petang.
Jumlah pelatih yang berjaya tamat kursus adalah seramai 36 orang pelatih iaitu 18 orang bagi Kursus Pengendalian dan Pembuatan Makanan, Sijil Kemahiran Tahap 2 yang dikendalikan oleh Penyedia Latihan Sincere Skill Academy dan 18 orang pelatih bagi Kursus Pembuatan Pastri SKM Tahap 2 yang dikendalikan oleh Mrs. Nancy Lim School Of Cooking & Baking. Kedua-dua kursus bertempoh 6 bulan ini mula dilaksanakan pada 01 Julai 2020. Namun disebabkan penularan COVID-19 sepanjang tahun 2020 dan awal tahun 2021, sesi pembelajaran terpaksa ditangguhkan sebanyak dua (2) kali namun berjaya dilaksanakan sepenuhnya dengan semangat dedikasi para pelatih dan kerjasama Penyedia Latihan.