Daerah Kinabatangan - 19/8/2022 (Jumaat)
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Khas bagi kawasan DUN N.59 Sukau dan N.58 Lamag anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah dilaksanakan pada 19/8/2022 (Jumaat) bertempat di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan. Sebanyak lima (5) kursus telah dilaksanakan dengan melibatkan seramai 100 orang peserta. Kursus-kursus tersebut telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 15 hingga 19 Ogos 2022. Senarai kursus-kursus yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :
1. Nama Kursus: Menggunting Rambut Wanita dan Lelaki
Nama Penyedia Latihan: Folin Stylist
2. Nama Kursus: Pembuatan Makanan Berasaskan Hasil Laut
Nama Penyedia Latihan: Suria Bakery
3. Nama Kursus: Membuat Kek, Bun dan Pastri
Nama Penyedia Latihan: Limbai Kaya Enterprise
4. Nama Kursus: Memproses Makanan Berasaskan Soya
Nama Penyedia Latihan: KB Evergreen System
5. Nama Kursus : Asas Pendawaian Elektrik
Nama Penyedia Latihan : Giatmara Penampang