Majlis Perasmian Penutupan Minggu Suai Kenal dan Kumpulan Dinamik Pelatih Baharu ILTP, JPSM

4 JULAI 2025 (HARI JUMAAT) : INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) KAMPUS PAPAR

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU SUAI KENAL DAN KUMPULAN DINAMIK PELATIH BAHARU INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) SESI 2/2025

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Kamsiah binti Ibrahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan nilai disiplin, kerjasama berpasukan, serta komitmen tinggi sepanjang tempoh latihan demi melahirkan modal insan yang berkualiti, berkemahiran tinggi, serta mampu memenuhi keperluan industri yang semakin mencabar.

Majlis diserikan dengan beberapa persembahan menarik daripada pelatih baharu, termasuk persembahan sambut tamu, persembahan koir, dan persembahan silat.