18 FEBRUARI 2023 (SABTU) DEWAN MASYARAKAT KENINGAU
Program Jerayawara Kerjaya & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Zon Utama PERKESO Sabah 2023 bagi zon Keningau telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah.
Sebanyak 14 Majikan yang menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia telah menyertai program ini bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran. Di akhir program ini, Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi telah menyempurnakan Pelepasan Konvoi Jerayawara yang akan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Daerah Tawau.
Ayuh warga Tawau jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda di Hotel Emas Tawau pada 19 Februari 2023 (Ahad) bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.