19 FEBRUARI 2023 (AHAD) - HOTEL EMAS TAWAU
**Program Jerayawara Kerjaya & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Zon Utama PERKESO Sabah 2023 bagi Daerah Tawau telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Rina binti Hj Jainal, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Negeri Sabah, Merangkap Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, ADUN N70 Kukusan. **
Sebanyak 17 Majikan menawarkan lebih daripada 500 peluang pekerjaan dan menyediakan pelbagai pameran untuk dikunjungi oleh para pencari kerja. Destinasi seterusnya adalah Daerah Semporna!!
**Ayuh warga Semporna, jangan lepaskan peluang ini. **
Jumpa anda di Dewan Masyarakat Semporna, 20 Februari 2023 (Isnin), 8.00 pagi hingga 5.00 petang.