MAJLIS PERJUMPAAN YB. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH BERSAMA- SAMA PELATIH ILTP JPSM

MAJLIS PERJUMPAAN YB. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH BERSAMA- SAMA PELATIH ILTP JPSM.

YB Datuk Haji Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama-sama Pelatih Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) JPSM bertempat di Dewan Serbaguna ILTP Kampus Papar.

Dalam perjumpaan tersebut, antara lain beliau berkata “Pembelajaran adalah proses mentranformasikan insan seutuhnya supaya menjadi individu yang produktif dan mampu menyumbang ke arah pembentukan kebudayaan manusia yang dinamis”

Beliau turut menasihati para pelatih supaya memanfaatkan usia muda dengan mencungkil potensi diri supaya lebih responsif terhadap tuntutan semasa dalam mengharungi cabaran hidup yang semakin kompleks.

Selesai majlis perjumpaan bersama pelatih ILTP, YB Menteri turut melakukan lawatan tapak ke VSAT dan penaiktarafan Alat Bantuan Latihan (ABL) di Kampus ILTP, Papar.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YB. Mohd Tamin Zainal, ADUN Pantai Manis, Puan Jasmine Teo, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Tuan Zainudin Aman, Timbalan Setiausaha Tetap I KSTI dan Tuan Izani Othman, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.