Majlis Perpisahan Pelatih dan Sambutan Krismas ILTP, JPSM 2025

MAJLIS PERPISAHAN PELATIH DAN SAMBUTAN KRISMAS ILTP, JPSM 2025

18 DISEMBER 2025 (HARI KHAMIS): DEWAN KIMANIS, ILTP JPSM, PAPAR

Majlis telah berlangsung di Dewan Kimanis, Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Papar. Turut hadir YBrs. Tuan Muhammad Ikhwan bin Ghulam Jelani, Timbalan Pengarah JPSM, yang menyampaikan ucapan serta kata-kata semangat kepada para pelatih dan warga ILTP. Sepanjang majlis, pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk persembahan koir yang menampilkan gabungan pelatih Program Teknikal dan Perdagangan, aktiviti permainan yang menceriakan suasana, cabutan tiket bertuah serta jamuan makan tengah hari. Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah penghargaan kepada para pelatih yang menamatkan latihan, malah turut memperkukuh semangat perpaduan, kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan warga JPSM di ILTP.