MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA ILTP, JPSM PAPAR 2023

31 JANUARI 2023 (SELASA) : MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) 2023

Majlis sambutan Tahun Baharu Cina Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan, JPSM 2023 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Tianinun binti Iping, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) di Dewan Serbaguna Kampus ILTP, JPSM Papar.

Dalam ucapan beliau menegaskan bahawa perbezaan agama, budaya, adat dan perayaan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk menjalin hubungan baik sesama kaum.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan tarian singa diikuti dengan pertandingan tarian singa antara program di ILTP. Singa-singa tersebut dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terpakai mengikut kreativiti pelatih setiap program.

Pertandingan membuat Tanglung Arnab, kad tahun baharu cina turut dipertandingkan serta meneka berat kuaci. Turut menyerikan majlis tersebut adalah persembahan nyanyian Cina oleh pelatih Jurukecantikan dan Dandanan Rambut (JCKDR) Kampus ILTP, Kota Kinabalu dan pelatih Kampus ILTP, Papar.