21 Julai 2023 - Hotel Hilton, Kota Kinabalu
Majlis Sambutan Ulang Tahun JPSM yang ke 35 dirasmikan oleh YB Datuk Dr Haji Arifin bin Datuk Haji Arif (JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah diringi oleh YB Datuk Harun Durabi, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah bersama Datuk Zainuddin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI).
Sempena dengan Majlis tersebut YB Datuk Dr Haji Arifin bin Datuk Haji Arif (JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah melancarkan Pelan Strategik JPSM 2022 - 2025, Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2023 - 2025 dan Human Capital Development Blueprint 2021 - 2035.