MESYUARAT CADANGAN TAPAK KAMPUS SATELIT DI DAERAH KENINGAU
8 Disember 2022 - Tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan isu permohonan tanah dan cadangan tapak pembangunan kampus satelit di daerah Keningau.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Henry Idol, Pegawai Daerah Keningau. Hadir sama Pengarah JPSM, timbalan pengarah JPSM, Ketua bahagian BPP, Jurutera JPSM, wakil KSTI, ADO Pejabat Daerah Keningau, jurutera Majlis Daerah Keningau dan pegawai JPSM.