Seramai 40 orang pelatih yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 34 orang wanita telah berjaya melapor diri pada 10 Januari 2022 yang lalu. Minggu Suai Kenal (MSK) Program JCKDR ini telah berlangsung bermula daripada 11 Januari dan telah tamat pada 14 Januari 2022 yang mana MSK telah rasminya ditutup oleh Ketua Penolong Pengarah ILTP, Puan Zarina binti Mustafa. Antara pengisian yang telah dijalankan sepanjang sesi MSK ini adalah seperti Ceramah Keselamatan dan Kesihatan (OSHA), Ujian Pra Program Asas Jurukecantikan Dandanan Rambut (JCKDR) serta aktiviti-aktiviti permainan dan tugasan yang telah berjaya dilaksanakan dan disempurnakan dengan baik dan cemerlang.
Selamat Maju Jaya kepada semua para pelatih yang telah mendaftar!