14-16 November 2023
Temuduga Terbuka HELP: Shangri-La Rasaria Resort Tuaran
Kota Belud - Kota Kinabalu - Keningau
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Shangri-La Rasa Ria Resort Tuaran telah melaksanakan Temuduga Terbuka bagi Hospitality Engagement Learning Programme (HELP) untuk pengambilan Siri ke-40, kemasukan bulan Disember 2023.
Temuduga ini telah diadakan di tiga (3) tempat iaitu:-
a) Daerah Kota Belud pada 14 November 2023 (Selasa);
b) Kota Kinabalu pada 15 November 2023 (Rabu); dan
c) Daerah Keningau pada 16 November 2023 (Khamis).
Seramai 175 jumlah keseluruhan calon yang telah menghadiri Temuduga Terbuka HELP siri kali ini.
Objektif utama penganjuran Temuduga Terbuka HELP ini adalah untuk memberi peluang kepada belia-beliawanis dan pencari kerja untuk mendapat pekerjaan dan pengalaman sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri Sabah.