SESI PEMANTAUAN KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN (ATAS TALIAN) JPSM PADA 3 FEBRUARI 2021 DI JPSM VIRTUAL CENTRE (JVC)
Sesi Pemantauan secara atas talian bagi Kursus Tajaan Latihan Kemahiran dan Kursus Keusahawan oleh Puan Haryani Anah Hj. Abdul Kahar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Encik Sahar Bin Unggat, Ketua Unit Keusahawanan, BTLK, Encik Syed Shahridzan Sh. Sihan, Ketua Unit Tajaan Latihan, BTLK dan para pegawai BTLK yang berkaitan.
Pada 1 Februari 2021 sebanyak 12 kursus atas talian telah diadakan secara serentak dan berakhir pada 5 Februari 2021 (5 hari). 10 siri kursus latihan kemahiran dan 2 kursus keusahawanan disertai seramai 300 orang peserta di kalangan Kumpulan B40 dan individu yang hilang pekerjaan kerana pandemik COVID-19.
Semoga ilmu yang diperolehi semasa kursus memberi manfaat kepada semua peserta dengan menjadikan kemahiran yang dipelajari sebagai sumber pendapatan nanti.