30 JUN - 4 JULAI 2025: INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) KAMPUS PAPAR
Seramai 159 orang pelatih baharu telah mendaftar di Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Papar pada 30 Jun 2025 bagi Sesi 2/2025. Pelatih-pelatih ini telah mengikuti aktiviti Minggu Suai Kenal dan Kumpulan Dinamik yang berlangsung sehingga 4 Julai 2025.
Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan pelatih kepada persekitaran institut, membina semangat kerjasama, serta memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan pelatih baharu. Sepanjang minggu tersebut, pelbagai aktiviti interaktif dan sesi taklimat telah dijalankan bagi memastikan pelatih bersedia untuk memulakan sesi latihan dengan penuh semangat dan motivasi.
Pelatih-pelatih ini terdiri daripada program latihan kemahiran seperti berikut:
-
Program Diploma Pengurusan Teknologi Kimpalan Tahap 4
-
Program Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam Tahap 3
-
Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) Tahap 3
-
Program Perkhidmatan Pembaikan - Kenderaan Ringan Tahap 2
-
Program Teknologi Kimpalan - 6G
-
Program Operasi Sistem Komputer Tahap 3
-
Program Perkhidmatan Estetik Tahap 1/2/3
-
Program Modular - Pereka Gaya Rambut
-
Program Modular - Jurukecantikan
Semoga semua pelatih baharu dapat memanfaatkan peluang ini sepenuhnya dan berjaya dalam bidang yang diceburi.