17 Mei - YB Datuk Seri Panglima Haji Sr. Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah menyerahkan Surat Pelantikan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) kepada YBrs. Puan Dg Norsiah Binti Hj Ag Duraman di Bilik Kunjungan Hormat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Aras 28, Menara Kinabalu pada Rabu (17 Mei).
Beberapa perkara penting dan harapan dari YB SKN turut disampaikan kepada pengarah JPSM yang baharu demi membangunkan modal insan di Negeri Sabah melalui pelaksanaan program-program dan latihan yang teratur.
Turut hadir, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi bin Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin/Pejabat Direktorat JPANS